Wednesday 6 February 2013

Peluang Kedua

                        Kenape aq memilih 'Peluang Kedua' sebagai tajuk entry kali ini?

         Sebab manusia dilahirkan cacat kecuali Nabi2 dan Rasul2 Allah. Cacat bukanlah hilang fizikal atau membawa makna lain. Tetapi, cacat di sini adalah sebagai manusia kita tidak terlepas mebuat kesilapan. Diri penulis jgak tidak lekang dari membuat kesilapan.

        Jadi, menyelami ibrah kasihnya Allah terhadap hambaNya yang membuat kesilapan. Apa yang Allah buat? Ampunkan hambaNya. Kesilapan yang membawa dosa diampunkan oleh Sang Pemilik Arasy. Manusia memang makhluk yang selalu berbuat silap. Ada ketikanya, diri penulis pun rase terganggu dgn kesilapan dulu. Namun, penulis berpesan pada diri dan orang lain,"jgn kita menghukum orang lain dgn kesilapan yang lalu."

       Hukum seperti pulaukan dia walaupun kita nak jarakkan diri dengan dia (mungkin teman). Jgnlah secara terang-terangan, dia dlm proses belajar dari kesilapan. Kita pun bukan xpernah silap. Cuba fikir, dlm 1 hari ape silap kita. Terhadap insan sekeliling kita, ibu bapa atau dgn tok imam yang berkhutbah (manelah tau tyme tu kita tidur). Semua adalah kesilapan.

      Nak bangkit? Nak berubah? Berilah peluang pada diri sendiri dan orang lain. Ketika kita berkata,"Percayalah aku kawan". Adakah kita mempercayainya sebagaimana dia mempercayai kita. Jgn diungkit kisah yg lalu. Jika diungkit kisah yg lalu, anda akan diingat sbgai oportunis. Ketika kita senang jer ade, ketika susah entah ke mana. Kenanglah saat ketika kita senang bersame, husnu zonlah pdnya. Waktu kita susah, xkan xpernah dia tlong kita. Dia mungkin tolong kita sewaktu panas hujan ataupun sakit. Kita lupa? Manusia makhluk pelupa...

      Mungkin dia xmampu elak peristiwa tertentu menyebabkan kita terus menghukum. Jika dia silap mane peranan kita, tinggalkan dia lebih jauh? Biarkan dia sorang? Kita merasa jijik dgn dia? Kita sudah silap. Waktu itu Allah menguji hambaNya, peranan kita mendekatkan dia lg dgn Allah dgn bantuan kita smoga dia bangkit. Biarlah dia beribadah dgn ikhlas kerana Allah bukan semata-mata linangan kerana kesilapan hamba terhadap hamba yang lain.

     Dia kata dia rasa sunyi sgt. Ape yg dpt kita bantu? Berilah nasihat guna ayat positif,"relakslah aq kan ade. We're best friends". Senyum ketika dia susah hati dan berilah nasihat secara perlahan-lahan. Jika kita nmpak silapnya di depan mata, tegur secara berhikmah. Jgn guna kaki dan tangan, sebaiknya ckaplah,"jgn buat lg bende ni, aq bg peluang kedua." Jgn melenting, nasihatlah dgn hikmah. Dgn teguran secara berhikmah, kwn kita akan bertekad akan berubah dan meletakkan kepercayaan sepenuhnya pada kita.


     Kepercayaan yg diberi adlah peluang kita mendidik dan mentarbiah diri kita dan dia ke arah yg lebih baik. Bumi mane yg tidak ditimpa hujan, laut mane yg tidak bergelora. Jika di tengah2 jln, dia terkandas. Kitalah yg mengangkatnya, memapah ke tempat yg selamat. Andai dia dihanyut oleh arus yg deras. kita lah memberi ranting pdnya utk berpaut. Sekiranya dia patah harapan, kitalah sepatutnya menyokong dan beri galakan. Sematkan dlm hati, aq dan dia dunia latar belakang berbeza. Inilah Allah namakan taaruf. Taaruf itu membawa kepada pembinaan ke arah kegembiraan dan kedukaan bersama. Sedih adalah satu nikmat yg melengkap hidup kita.

     Walaupun begitu, jika tidak dibendung dgn nikmat kegembiraan. Maka, binasalah nikmat sedih itu. Rosaklah nikmat kegembiraan. Semua manusia mahukan kegembiraan. Apa kata selepas ini kita cambahkan kegembiraan pada org lain. Sahabat di luar sana masih ada ibu bapa, kwn atau insan yg masih boleh dihargai? Campakkanlah kegembiraan pada mereka. Biar mereka mengerti mereka bukan seorang diri. Kegembiraan orang lain yg kita bina, Allah bina mahligai bahagia di akhirat nanti. Wallahualam...Jom solat maghrib~

No comments:

Post a Comment