Thursday 1 November 2012

Putaran sebab-musabab

        Masa lepas, erti kehidupan....

     Aku skema, berkawan dengan pelajar2 bijak, pandai dan macho. Tapi, aku bukanlah macho. Sekolah menengah rendah dulu bolehlah aku menonjol sikit. SMU (A) Maahad Ahmadi, satu tempat yang telah aku lakarkan sejarah. Aku pernah jadi MC Majlis B.Inggeris, menjadi peserta Syarahan B.Inggeris dan menjadi Johan Quiz B. Arab. Semuanya aku juara di sini. Kalau budak2 klas yang hujung2 memang aku tak pandang. Aku pernah tertanye, mereka ni datang sekolah buat ape? Baik keje...blajar pun kelas hujung, xde harapanlah...
   
    Selepas aku berpindah ke Maahad Muhammmadi Lelaki, Kota Bharu baru aku mengerti. Rupa2nya di sini, aku bukan boleh berbangga dengan pencapaianku. Di sini menghimpunkan pelajar2 terbaik dari seluruh jajahan di Kelantan dan luar negeri. Di sini tempat lahirnya tokoh2 ulama, ahli2 akademik dan ilmuan2 yang terkenal. Dan, aku bukan sesiapa. Aku hanya pelajar biasa. Aku tidak setanding dengan mereka. Jauh panggang dari api...

    Kali pertama dalam sejarah, aku melihat dengan mata aku sendiri budak2 lelaki yang hebat bersukan, cekap menyelesaikan masalah matematik, hebat berpidato dan rajin mengemas. Semua ada di sini. Aku terus menjadi down to the earth. Minggu pengagihan buku sastera B.I, semua sudah habis membacanya. Budaya membaca hidup di sini. Pelajar di sini memandang tinggi sekolah ni sebagai kolej bukan sekolah biasa lagi. Di sini, kami diajar membaca dan belajar sendiri.

   Guru2 di MML singkatan nama sekolahku memang jarang masuk ke kelas. Masalah ni bukan sahaja melanda sekolahku malah semua sekolah di bawah pentadbiran Yayasan Islam Kelantan. Sedikit sahaja yang berjaya kerana bantuan guru, yang lain atas iniatif sendiri. Bukan sombong dan riya' tetapi ini realiti. Buatlah kajian di mana2 sekolah Yayasan Islam Kelantan. Berani aku katakan tidak sampai 20% yang komited datang ke kelas on time dan memenuhi jadual pengajaran.

   Itu sedikit sisi gelap sekolah2 YIK. Aku sekarang berjaya mendapat tempat di salah sebuah IPTA setelah mendapat keputusan sederhana dalam Sijil Tinggi Agama Malaysia. Result SPM tidak berapa baik. Aku hanya berjaya mendapat 5A, angka yang cukup tinggi untuk UPSR dan cukup rendah untuk SPM. Terkapailah aku di sini. Aku bersyukur dapat rakan sebilik yang mementingkan agama. dan hafiz 30 juzuk.

   Terus-terang aku katakan, aku sekular. Jiwa sekular. Panas telinga dengar ceramah lama2 ni. Kalau hadir pun, memang akan terlentok di bangkulah jawabnya. Aku suka dengan B.Inggeris. Giler2 tapi takdelah giler sangat. Lagu Melayu? Nasyid? hampeh....Aku tak dengar pun...IKIM.FM, terus tutup. Solat pun tunggang-langgang. Azan jer aku tak tutup. That's me b4 i'm here.


   Sekarang roomate aku, aku salute. Dia ajar aku tentang agama, tentang akhlak dan adab berbeza pendapat. Walaupun, aku pernah jadi wahabi yang menyesatkan orang, mengkafirkan orang. Dia tetap bersabar. Walaupun hang org Kedah xsama negeri ngan aku. Gua respek u Bro. Hang ajaq aku agama. Agama yang aku xdpt walaupun berada di bumi serambi mekah kerana ustaz2 yang ada di sini sekarang ajak orang ke ceramah politik jarang sekali ajak ke masjid, hidupkan masjid. Bala Allah pada politik orang Islam sekarang...

    Aku susah dapat kawan yang sanggup ponteng kuliah kerana aku sakit. Dia sanggup, aku bertambah hormat. Semester ni, aku mengalami konflik diri dan ketuhanan. Sape nak nasihat aku? Di mana aku nak berpaut? Ku harap nasihat kawanku sekali lagi. Ku harapku berjaya dalam perpindahan ni. Ku harapku jadi musafir di jalan Allah. Sebelum aku bergraduasi aku mahu bantu sahabatku berjaya dalam MUET, aku mahu kawan dunia dan akhiratku ini berjaya dalam MUET sebagai syarat graduasi IPTA kami. Itu salah satu sebab aku mahu berpindah ke rumah kamu~