Wednesday 22 August 2012

Awal keHiduPan

Realiti...Istilah yg sinonim dengan DUNIA.

Bukan dunia KHAYALAN, tetapi REALITI. Bukan semua orang dilahirkan sebagai PUTERA RAJA. Jadi, dunia itu betul-betul realiti. Semua orang melalui jalan yg berbeza utk mengejar impian masing2 termasuklah aku....
             
            Dilahirkan pada pukul 5:50 pagi, sejuk tyme beranak pepagi. Tyme manusia tengah nyenyak tidur, aku dilahirkan. So, sape yg sambut aku. Misi2lah (Jururawat)....ho3. Bertempat di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian menjadikan aku satu2nya anak lelaki mama aku yang lahir di hospital universiti. Adelah jugak aura2 universiti tu dlm badan ni sikit...

            Semasa kecik2 dulu, aku berkawan baik ngan seorang budak Siam name Cha Tri. Aku panggil Saktri. Bukak jer pintu aku terus keluar bermain ngan Saktri...Begitulah rutin aku. 1Malaysia semangat maa. Kawan aku semua Cina kecuali dua tiga kerat jer Melayu. Bukan taknak kawan ngan orang Melayu. Sekolah aku pun orang Cina punyer sekolah....SRJK (C) Yuk Cheng. Bangga woo, sekolah nilah yg menerapkan unsur2 kerajinan dlm diri ini. Meresap bagai span...
                               Budak2 sekolah rendah aku tngah buat persembahan. Ni stadium
          tempat kami berhimpun dan assembly sekali seminggu. Main bola keranjang pun kat sini.

Di sini aku berusaha sampai Tahun 3, tetapi result still xbaik. So, Suatu hari, ayah tanye," nak pindah sekolah ke?" Aku setuju jer. Masuklah aku tahun seterusnya ke sekolah KEBANGSAAN, SK Sri Suria 3...

   Sekali lagi result peperiksaan kat Sekolah Kebangsaan keluar. Semua Eeeeeee! Nak taknak kene turun kelas. Malu giler. Nak jer pakai guni tutup muka...Lepas turun kelas, tetiber ade semangat nak naik balik kelas pertama. Tiap2 petang lepas balik sekolah terus mengadap buku. Faham ke xpham no-2. YG PENTING USAHA.   Alhamdulillah, syukur dpt no.2 trus naik kelas dan berhasil duk sebelah orang pandai English dan Bahasa Melayu...

     Subjek bahase aku memang teruk, nasib ade orang pandai sebelah. Apelagi, terus cungkil rahsia dan cara dia study smpai dapat A...Ingatkan bumi itu sentiasa cerah....
                                                           Malang Tidak Berbau~




           Aku dituduh menCURI saat2 aku nak ambil UPSR dua-tiga bulan lagi. Sedih giler. Cikgu2 yg kita anggap macam malaikat dan ibu kita di sekolah panggil kita PENCURI. Duit yuran hilang dan terus tuduh aku mencuri. Disebabkan peristiwa TU, aku dah hilang hormat kat guru. Tiap2 ari menangis p sekolah. Budak kecik Tahun 6, sedih biler satu sekolah pandang kita macam LANUN. Kalau jadi Jack Sparrow takpelah terkenal, ni aku dibenci oleh warga sekolah...

         Namun, masih ade insan menaruh kepercayaan pada aku. Guru subjek Sains, Cg.W. Aku minat giler subjek dia. Dari E naik D ke C dan B at last dapat A+. Terima kasih cikgu! Subjek lain memang aku usaha kaw2. Byangkan aku bukan murid target 5A UPSR tambah2 sape nak target PENCURI cam aku. GILER JATUH NAME SEKOLAH....

        Tetapi, kaki ini yg melangkah ke depan dewan apabila diumumkan antara pelajar Terbaik Sekolah Tahun 2002. PENCURI yg xdapat restu dari guru2 semasa Majlis Restu Ilmu ini yg dapat anugerah. PENCURI DONGENG ini yg tidak disuap pulut kuning tande restu seorang GURU terhadap MURIDnya berjaya melangkah bangga. Berjaya dengan linangan dan tangisan seorang bertubuh kecil berumur 12 TAHUN... Berjaya menepis keegoan pendidik yg membenci yg membabi-buta...Ketika itu tiada kata seindah syurga. Love U Allah!