Thursday 13 September 2012

Islam Berpihak~

"Kau puak mane A ke B?", "Ko sokong Ustaz mane?", "Ko ni cam w*****!", "Ko macam a*****!", "Ko ni macam2"... Islam datang berpihak?

        Sudahlah kawan2, CUKUP! Cukup menghukum, melabel, mengata orang lain!

Sempurnakah Islam kita? Selalukah kita berdamping di Rumah Allah? Berapa kali kita redha dengan keputusanNYa?

       Kita sendiri belum cukup 'Islam'nya...


Umat Islam itu bersudara tidak kiralah kita dari bangsa mana, kaum, kulit, darjat dan keturunan.

    Islam itu untuk semua bukan hak sesape. Asalkan orang Islam itu berpegang pada Quran dan Sunnah, Rasul dan Nabi2Nya, sahabat2 Nabi, isteri2 Nabi yang solehah, tidak khurafat, syirik dan tidak melakukan maksiat terang-terangan.

   Aliran-aliran yang berpaksikan agama di Malaysia lebih codong memihak kepada individu dan golongan tertentu. Akibatnya, sesetengah orang tidak dianggap Ahli Sunnah wa Jamaah jika tidak menganut kefahaman mereka. Mulalah kafir-mengkafir berlaku. Maksiat yang terang2 seperti remaja2 Islam buang anak, tinggal solat, minum arak dan merompak gagal diselesaikan. Kenape?

    Sebab umat Islam yang kini bukan sayang pada Islam tetapi sayang dan mempunyai agenda hanya untuk memperjuangkan diri sendiri. Kitab2 agama, dalil2 ulama' dan hadis2 Nabi bahkan Al-Quran dihafal semata2 untuk menjatuhkan pihak yang lain. Melihat pihak lain jatuh tersungkur dan terkubur tanpa hujah menjadi kegembiraan dan seumpama pesta ritual. Aku menang, sudah tentu aku Ahli Sunnah. Sudah terang lagi bersuluh aku ahli syurga dan bukan antara 73 pecahan ahli neraka. Aku confirm masuk syurga!

    Syurga dan neraka, sekali lagi menjadi mainan. Tuhankah kita? Cukupkah amal ibadat kita? Bertuahnya kita dapat tahu name kita sudah dalam list ahli syurga awal2 lagi. Tidak perlulah, tiap2 malam bangun Qiamulail, tidak perlulah tiap2 hari pergi ke masjid kerana kita sudah tentu masuk ke SYURGA.

    Sedarlah kawan terutama kawan2 seuniversiti dengan saya. Sudahlah! Berhentilah! Kita hanya menjadi alatan dan mainan Syaitan. Sudah banyak ayat2 Quran untuk peringatan bersama. Tidak perlu dipost kat cni sebab masing pernah, sedang dan terlihat ayat2 Allah berkaitan muslihat Syaitan. Berhenti menjadi ahli nujum! Dakwahlah orang lain elok2, tidak perlu mencerca dan menghina. Amalkan Islam setakat kita mampu.

     Jadilah orang Islam yang sebenar. Islam tanpa sempadan, dengki dan diskriminasi.

           Sekian~