Monday 24 June 2013

Salah 1 Cara Solat Subuh Berjemaah

       Aku sudah selesai submit proposal thesis aku dalam dua pilihan bahasa satu dalam Bahasa Arab iaitu berkenaan Masalah Fiqh Kotemporari dan Lama dan satu lagi dalam Bahasa Inggeris berkenaan Undang2 Perlembagaan di Malaysia.

       Aku gembira belajar di USIM sebuah universiti yang mengajar aku pentingnya menguasai bahasa. Elektif undang2 di USIM memberi kelebihan dalam Bahasa Arab di samping menguatkan Bahasa Inggeris selain memantapkan Bahasa Melayu dan Mandarin yg sedia ada.

      Dah nak abis semester sudah sampai ke tahun final iaitu tahun 4. Aku sedih meninggalkan kawanku. Tapi, yang paling penting adalah niat mensucikan hati dan bangun subuh berjemaah di masjid. Jadi, cuba2 xbangun jugak. Jadi aku cuba solat witir. Alhamdulillah, aku berjaya bangun dan solat jemaah subuh. Nah cubalah try 3 rakaat jer.

   Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda lagi: “Sesungguhnya Allah SWT. menganugerahkan kepada kamu solat yang lebih baik daripada bersedekah beberapa ekor unta yang sempurna dan baik iaitu Solat Witir.”  (Hadis Riwayat al-Turmudzi dan al-Hakim r.a.)

     Subuh berjemaah dan jangan tinggal jugak solat jemaah lain. Insha Allah, rezeki Allah luas terbentang. Islam itu mudah dan tenang dgn amalannya~

Semester Sepi

   
    Oh Tuhan, jari ni menaip lg di kesempatan yg senggang. Jari ini menulis dgn penuh pengertian. Ya Tuhan, macamana keadaan teman dan kawan yg aku khianat dulu. Sudah makankah mereka, mungkin mereka gembira sekarang.

   Tak tertahan Ya Allah, ku perlukan teman bual-bicara. Ku harapkan kurnia dan kasihMu. Ku bersendirian Ya Allah. Ku hanya mampu tersenyum hakikatnya aku berduka di dalam hati. Mungkin berdiam diri itu terbaik untuk diriku. Namun, ku harapMu Ya Allah tidak tinggalkanku keseorangan~
         
                      
Ampunilah dosaku dan umat Islam