Thursday 1 November 2012

Putaran sebab-musabab

        Masa lepas, erti kehidupan....

     Aku skema, berkawan dengan pelajar2 bijak, pandai dan macho. Tapi, aku bukanlah macho. Sekolah menengah rendah dulu bolehlah aku menonjol sikit. SMU (A) Maahad Ahmadi, satu tempat yang telah aku lakarkan sejarah. Aku pernah jadi MC Majlis B.Inggeris, menjadi peserta Syarahan B.Inggeris dan menjadi Johan Quiz B. Arab. Semuanya aku juara di sini. Kalau budak2 klas yang hujung2 memang aku tak pandang. Aku pernah tertanye, mereka ni datang sekolah buat ape? Baik keje...blajar pun kelas hujung, xde harapanlah...
   
    Selepas aku berpindah ke Maahad Muhammmadi Lelaki, Kota Bharu baru aku mengerti. Rupa2nya di sini, aku bukan boleh berbangga dengan pencapaianku. Di sini menghimpunkan pelajar2 terbaik dari seluruh jajahan di Kelantan dan luar negeri. Di sini tempat lahirnya tokoh2 ulama, ahli2 akademik dan ilmuan2 yang terkenal. Dan, aku bukan sesiapa. Aku hanya pelajar biasa. Aku tidak setanding dengan mereka. Jauh panggang dari api...

    Kali pertama dalam sejarah, aku melihat dengan mata aku sendiri budak2 lelaki yang hebat bersukan, cekap menyelesaikan masalah matematik, hebat berpidato dan rajin mengemas. Semua ada di sini. Aku terus menjadi down to the earth. Minggu pengagihan buku sastera B.I, semua sudah habis membacanya. Budaya membaca hidup di sini. Pelajar di sini memandang tinggi sekolah ni sebagai kolej bukan sekolah biasa lagi. Di sini, kami diajar membaca dan belajar sendiri.

   Guru2 di MML singkatan nama sekolahku memang jarang masuk ke kelas. Masalah ni bukan sahaja melanda sekolahku malah semua sekolah di bawah pentadbiran Yayasan Islam Kelantan. Sedikit sahaja yang berjaya kerana bantuan guru, yang lain atas iniatif sendiri. Bukan sombong dan riya' tetapi ini realiti. Buatlah kajian di mana2 sekolah Yayasan Islam Kelantan. Berani aku katakan tidak sampai 20% yang komited datang ke kelas on time dan memenuhi jadual pengajaran.

   Itu sedikit sisi gelap sekolah2 YIK. Aku sekarang berjaya mendapat tempat di salah sebuah IPTA setelah mendapat keputusan sederhana dalam Sijil Tinggi Agama Malaysia. Result SPM tidak berapa baik. Aku hanya berjaya mendapat 5A, angka yang cukup tinggi untuk UPSR dan cukup rendah untuk SPM. Terkapailah aku di sini. Aku bersyukur dapat rakan sebilik yang mementingkan agama. dan hafiz 30 juzuk.

   Terus-terang aku katakan, aku sekular. Jiwa sekular. Panas telinga dengar ceramah lama2 ni. Kalau hadir pun, memang akan terlentok di bangkulah jawabnya. Aku suka dengan B.Inggeris. Giler2 tapi takdelah giler sangat. Lagu Melayu? Nasyid? hampeh....Aku tak dengar pun...IKIM.FM, terus tutup. Solat pun tunggang-langgang. Azan jer aku tak tutup. That's me b4 i'm here.


   Sekarang roomate aku, aku salute. Dia ajar aku tentang agama, tentang akhlak dan adab berbeza pendapat. Walaupun, aku pernah jadi wahabi yang menyesatkan orang, mengkafirkan orang. Dia tetap bersabar. Walaupun hang org Kedah xsama negeri ngan aku. Gua respek u Bro. Hang ajaq aku agama. Agama yang aku xdpt walaupun berada di bumi serambi mekah kerana ustaz2 yang ada di sini sekarang ajak orang ke ceramah politik jarang sekali ajak ke masjid, hidupkan masjid. Bala Allah pada politik orang Islam sekarang...

    Aku susah dapat kawan yang sanggup ponteng kuliah kerana aku sakit. Dia sanggup, aku bertambah hormat. Semester ni, aku mengalami konflik diri dan ketuhanan. Sape nak nasihat aku? Di mana aku nak berpaut? Ku harap nasihat kawanku sekali lagi. Ku harapku berjaya dalam perpindahan ni. Ku harapku jadi musafir di jalan Allah. Sebelum aku bergraduasi aku mahu bantu sahabatku berjaya dalam MUET, aku mahu kawan dunia dan akhiratku ini berjaya dalam MUET sebagai syarat graduasi IPTA kami. Itu salah satu sebab aku mahu berpindah ke rumah kamu~
  

Monday 29 October 2012

Cuba untuk Beriman

 
      Aku manusia yang bergelumang dengan dosa, bukan dosa mencuri bukan dosa membunuh. Tetapi, dosa pada hati dan perbuatan yang menjurus ke arah dosa. Terasa jaringan hitam di hatiku mula membelit. Hati jadi resah, gelisah dan selalu dirundung masalah kebimbangan.

     Di mana Allah? Ku tak ketemu. Walaupun umurku menjangkau 22 tahun ni, aku masih mencari rahmatMu Allah. Di antara nikmat yang Allah tarik padaku adalah nikmat kegagahan. Buat kerja berat sikit dari pagi hingga petang sudah cukup untuk aku dapat penyakit Asma.

    Penyakit yang senang datang dan senang membawa nyawa penghidapNya. Namun, aku masih bersyukur kerana aku masih tidak bergantung sangat dengan Inhaler. Cukup kudrat lagi untuk paru2 menghirup udara ciptaan Illahi. Masih gagah lagi untuk berbicara dengan keluarga dan kawan2ku.

       
   Sebagai hamba Allah dan penuntut ilmu dalam bidang agama, pengorbanan sebagai seorang pelajar sudah tentu tidak akan melampaui malah melebihi kekasih2 Allah seperti pengorbanan yang ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail. Titian rasa syukur terungkap hanya apabila kita membaca kisah2 kekasih Allah. Bersyukur kita dapat hidup dan membaca sejarah manusia2 yang hebat. Hidup kita tidaklah dibadai lautan masalah segempar Nabi2 dan kekasih2 Allah yang lain.

    Kita hanya diuji sedikit demi sedikit. Tetapi, manusia serendah kita hanya mampu menahan dan bersabar. Jika tidak tahan, maka kita hanyut dan kemungkinan sesat. Nauzubillah... Semoga Allah memberi kemudahan kepada kita. Era di mana manusia hanyut dengan harta benda, kesesatan pangkat dan keperluan melebihi fitrah manusia menjadi pegangan. Saya mungkin salah seorang yang turut terkapai-kapai dalam arus kesesatan itu dan sedar bahawa diri ini berada di tengah-tengah arus yang deras. Rasa insaf muncul di tengah pengajian dan dalam arus ini aku cuba mencari ranting Nur dari Allah. Aku minta ampun dan taubat sebagai mana berjayanya Nabi Nuh menyelamatkan bangsa baginda.

     Aku mahu Allah beri deria fitrahku kembali. Aku mahu hidup tenang tanpa alunan jahat syaitan di jiwa. Ku mahukan kebebasan dari dosa2 sebagaimana bebasnya terbang seekor merpati putih di awan. Ku mahukan syurga Illahi dengan ketenangan abadi~

Thursday 13 September 2012

Islam Berpihak~

"Kau puak mane A ke B?", "Ko sokong Ustaz mane?", "Ko ni cam w*****!", "Ko macam a*****!", "Ko ni macam2"... Islam datang berpihak?

        Sudahlah kawan2, CUKUP! Cukup menghukum, melabel, mengata orang lain!

Sempurnakah Islam kita? Selalukah kita berdamping di Rumah Allah? Berapa kali kita redha dengan keputusanNYa?

       Kita sendiri belum cukup 'Islam'nya...


Umat Islam itu bersudara tidak kiralah kita dari bangsa mana, kaum, kulit, darjat dan keturunan.

    Islam itu untuk semua bukan hak sesape. Asalkan orang Islam itu berpegang pada Quran dan Sunnah, Rasul dan Nabi2Nya, sahabat2 Nabi, isteri2 Nabi yang solehah, tidak khurafat, syirik dan tidak melakukan maksiat terang-terangan.

   Aliran-aliran yang berpaksikan agama di Malaysia lebih codong memihak kepada individu dan golongan tertentu. Akibatnya, sesetengah orang tidak dianggap Ahli Sunnah wa Jamaah jika tidak menganut kefahaman mereka. Mulalah kafir-mengkafir berlaku. Maksiat yang terang2 seperti remaja2 Islam buang anak, tinggal solat, minum arak dan merompak gagal diselesaikan. Kenape?

    Sebab umat Islam yang kini bukan sayang pada Islam tetapi sayang dan mempunyai agenda hanya untuk memperjuangkan diri sendiri. Kitab2 agama, dalil2 ulama' dan hadis2 Nabi bahkan Al-Quran dihafal semata2 untuk menjatuhkan pihak yang lain. Melihat pihak lain jatuh tersungkur dan terkubur tanpa hujah menjadi kegembiraan dan seumpama pesta ritual. Aku menang, sudah tentu aku Ahli Sunnah. Sudah terang lagi bersuluh aku ahli syurga dan bukan antara 73 pecahan ahli neraka. Aku confirm masuk syurga!

    Syurga dan neraka, sekali lagi menjadi mainan. Tuhankah kita? Cukupkah amal ibadat kita? Bertuahnya kita dapat tahu name kita sudah dalam list ahli syurga awal2 lagi. Tidak perlulah, tiap2 malam bangun Qiamulail, tidak perlulah tiap2 hari pergi ke masjid kerana kita sudah tentu masuk ke SYURGA.

    Sedarlah kawan terutama kawan2 seuniversiti dengan saya. Sudahlah! Berhentilah! Kita hanya menjadi alatan dan mainan Syaitan. Sudah banyak ayat2 Quran untuk peringatan bersama. Tidak perlu dipost kat cni sebab masing pernah, sedang dan terlihat ayat2 Allah berkaitan muslihat Syaitan. Berhenti menjadi ahli nujum! Dakwahlah orang lain elok2, tidak perlu mencerca dan menghina. Amalkan Islam setakat kita mampu.

     Jadilah orang Islam yang sebenar. Islam tanpa sempadan, dengki dan diskriminasi.

           Sekian~
  

Wednesday 22 August 2012

Awal keHiduPan

Realiti...Istilah yg sinonim dengan DUNIA.

Bukan dunia KHAYALAN, tetapi REALITI. Bukan semua orang dilahirkan sebagai PUTERA RAJA. Jadi, dunia itu betul-betul realiti. Semua orang melalui jalan yg berbeza utk mengejar impian masing2 termasuklah aku....
             
            Dilahirkan pada pukul 5:50 pagi, sejuk tyme beranak pepagi. Tyme manusia tengah nyenyak tidur, aku dilahirkan. So, sape yg sambut aku. Misi2lah (Jururawat)....ho3. Bertempat di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian menjadikan aku satu2nya anak lelaki mama aku yang lahir di hospital universiti. Adelah jugak aura2 universiti tu dlm badan ni sikit...

            Semasa kecik2 dulu, aku berkawan baik ngan seorang budak Siam name Cha Tri. Aku panggil Saktri. Bukak jer pintu aku terus keluar bermain ngan Saktri...Begitulah rutin aku. 1Malaysia semangat maa. Kawan aku semua Cina kecuali dua tiga kerat jer Melayu. Bukan taknak kawan ngan orang Melayu. Sekolah aku pun orang Cina punyer sekolah....SRJK (C) Yuk Cheng. Bangga woo, sekolah nilah yg menerapkan unsur2 kerajinan dlm diri ini. Meresap bagai span...
                               Budak2 sekolah rendah aku tngah buat persembahan. Ni stadium
          tempat kami berhimpun dan assembly sekali seminggu. Main bola keranjang pun kat sini.

Di sini aku berusaha sampai Tahun 3, tetapi result still xbaik. So, Suatu hari, ayah tanye," nak pindah sekolah ke?" Aku setuju jer. Masuklah aku tahun seterusnya ke sekolah KEBANGSAAN, SK Sri Suria 3...

   Sekali lagi result peperiksaan kat Sekolah Kebangsaan keluar. Semua Eeeeeee! Nak taknak kene turun kelas. Malu giler. Nak jer pakai guni tutup muka...Lepas turun kelas, tetiber ade semangat nak naik balik kelas pertama. Tiap2 petang lepas balik sekolah terus mengadap buku. Faham ke xpham no-2. YG PENTING USAHA.   Alhamdulillah, syukur dpt no.2 trus naik kelas dan berhasil duk sebelah orang pandai English dan Bahasa Melayu...

     Subjek bahase aku memang teruk, nasib ade orang pandai sebelah. Apelagi, terus cungkil rahsia dan cara dia study smpai dapat A...Ingatkan bumi itu sentiasa cerah....
                                                           Malang Tidak Berbau~




           Aku dituduh menCURI saat2 aku nak ambil UPSR dua-tiga bulan lagi. Sedih giler. Cikgu2 yg kita anggap macam malaikat dan ibu kita di sekolah panggil kita PENCURI. Duit yuran hilang dan terus tuduh aku mencuri. Disebabkan peristiwa TU, aku dah hilang hormat kat guru. Tiap2 ari menangis p sekolah. Budak kecik Tahun 6, sedih biler satu sekolah pandang kita macam LANUN. Kalau jadi Jack Sparrow takpelah terkenal, ni aku dibenci oleh warga sekolah...

         Namun, masih ade insan menaruh kepercayaan pada aku. Guru subjek Sains, Cg.W. Aku minat giler subjek dia. Dari E naik D ke C dan B at last dapat A+. Terima kasih cikgu! Subjek lain memang aku usaha kaw2. Byangkan aku bukan murid target 5A UPSR tambah2 sape nak target PENCURI cam aku. GILER JATUH NAME SEKOLAH....

        Tetapi, kaki ini yg melangkah ke depan dewan apabila diumumkan antara pelajar Terbaik Sekolah Tahun 2002. PENCURI yg xdapat restu dari guru2 semasa Majlis Restu Ilmu ini yg dapat anugerah. PENCURI DONGENG ini yg tidak disuap pulut kuning tande restu seorang GURU terhadap MURIDnya berjaya melangkah bangga. Berjaya dengan linangan dan tangisan seorang bertubuh kecil berumur 12 TAHUN... Berjaya menepis keegoan pendidik yg membenci yg membabi-buta...Ketika itu tiada kata seindah syurga. Love U Allah!

                              


                          

Tuesday 5 June 2012

1 week be4 exam

I just got notes bout my Law exam. At least, i could focus on several topics only ;
-ministrial responsibility, c.o.r, parliamentary priviledges, freedom o assembly+peaceful act, citizenship
 and etc. A lot of Law terminology notes arranged on my bed to be read. I need more oxygen. I need a spirit to do revision.
What should i do?

 I learned something new from Garfield today~ ^_^

Monday 4 June 2012

Hari Ini Di Library

Pukul 10 pagi, aku telah bersiap pergi ke lib setelah bersarapan pagi. Hari ini, aku mengadap subjek Tasawuf dengan Administrative and Constitutional Law. Ku mula dengan Tasawuf,hmm... xfaham. Macamane nak ulang kaji kalau xfaham. Disebabkan kurang pemahaman, mataku mula menyelongkar isi ipad Hasif( kwn serumah). Best jugak game ni. Main punya main, ku tertidur dalam library. Ade orang kate aku berdengkur. Nak wat camne kan, sbb badanku pun sedikit gempal di samping ade sejarah masalah pernafasan ketika sekolah menengah.





Selepas waktu beranjak tengahari, barulah aku boleh tumpu kepada pelajaran. Kali ni, aku pulun subjek Law pulak. Memang habis whiteboard kat bilik Al-Biruni dalam library tu aku tulis. Aku kalau nak ingatkan sesuatu subjek memang kene menulis. Nasib whiteboardlah jd mangsa. Semua dpt masuk kecuali kes, susah sikit nak ingat name pihak2 yg terlibat. Pernah dlm exam Law sebelum ni, aku taruk jer mane2 name kes dan goreng faktanye. Tu pun kalau terdesak sgt...

Lpas tu balik dgn kwn2 ke rumah, agak boring.. Subjek mane yg nak dihabiskan dulu dlm masa kurang dari seminggu. Semua subjek semester ni teruk jiwa dan raga utk terus diberi komitmen dari awal. Last2, kene jgak study last minute. "At the eleventh hour," orang puteh ckap. Nasib ko lah belalang. Jom study. Doa ku berjaya ingat semua terminologi arab, law dan english ye. Kalau x, goreng-mengoreng dalam dewan exam~

Thursday 31 May 2012

7:26 malam adalah posting pertamaku sementara menunggu panggilan dari Illahi. Akhirnya, suatu tulisan dan catatan sulung berjaya diterjemah. Ku harap blog ini akan menjadi perintis suatu hari nanti. Lapangan yang timbul di media perdana dan blog2 lain akan ku cuba isi. Bersama kita bercambah minda dengan menelusuri idea dari saya harapnya~!