Sunday 31 March 2013

Tiada Berhenti

        Ketika aq menaip bait2 perkataan di blog, tiba2 minda ni teringat alangkah indah jika masa boleh diputar kembali.

        Adakah aq hanya memainkan perasaan orang lain. Ya, sedih pada Allah dan sebagai hambaNya. Simpati dan insaf terhadap kelakuan sendiri. 'Unfriend' kalimat berbisa, putuskan silaturahim melalui talian. Terus air mata ku keluar melihat paparan screen laptop. Ya, manusia mahukan kawan yang sempurna macam mereka. Bila kejahatan itu besar, maka perasaan kasih terus hilang. Kasih sayang ilang.

     Andaiku hanya mencipta kesengsaraan pada orang lain. Ku mintak jauh Ya Allah. Aq letih melihat org membenciku. Air mataku kering, hatiku sayu. Aq sedih dgn kawanku.

    "Mak, Afif ilang kawan",luahan hati melalui telefon. "Allah kan ada",mak pujuk. "Ye, mak", lega tapi penyesalanku berulang. Tiap2 malam aq xlena tidur. Bilakah aq berkesempatan memeluk si fulan lagi sebelum semester depan berakhir. Kali ni aq nak berbisik pada bekas kawanku, "Aq berhijrah, taut kembali persahabatan kita". Walaupun tidak mungkin, aq masih berdoa siang dan malam kepada Pencipta sekalian Allah.

    Aq thu Allah nak dengar luahan hati aq, penyesalanku. Aq harap member2 kat luar sana membaca dgn penuh iktibar. Memang kawan itu ramai, tapi hanya seorang yang benar2 ikhlas melahirkan kerinduan walaupun dia pernah khianat pada kita. Setiap tempat sahabat dan kita pergi apabila kita telah lost contact. Dalam hati kita, aq pernah mkn kat cni ngan si fulan. Aq harap dia dah mkn skarang. Aq smayang kat cni ari ni. Aq harap dia dengar salam aq dari jauh.

   Biarlah skarang manusia sudah xpercaya pada aq. Aq mengadu padaMu Allah dan RasulMu. Aq minta jika ditakdirkan aq berpeluang bercakap dgn si fulan pada hari, bulan atau tahun mendatang. Aq bersyukur. Tpi, xper aq harap dia gembira. Mungkin warkah aq dia xbaca. Tpi, biarlah tulisan blog ni menjadi saksi akhirat kelak.

   Aku mohon sesiapa yang membaca, doalah supaya ukhuwah kami kembali lagi. Aku perlukan sahabatku, memang sudah terlambat. Tapi, slagi nyawa dan darah masih mengalir, Allah pasti bg peluang. In Sha Allah....

Friday 15 March 2013

Lirik Sedih Hidup Kita

   "Dah lah tu hati, org xlayan kita," perasaan menerawang. Setiap kali dalam solat, kita akan doa yg terbaik utk sahabat kita. Walaupun hakikatnya pada waktu lepas, kita yg wat salah, khianat dan wat dajal kat kawan kita. Memang org kata, senang jer minta maaf, air mata tu bukan bleh dipercayai.
       "Air mata pembohong!!"
       "Penipu!!"
       "Syaitanlah si fulan tu!!"
       "Menyampah btul, aku dah xbleh pandang ko lg!!"

    Ketika itu mata hati menembus bintang teringat ketika baik dulu. Senyum sekali, makan, minum dan gelak skali. Betul, pahit apabila kawan yg kita 100% percaya tikam blakang kita. Kita terus humban dia dlm 'neraka'. Nampak dia jer, trus nmpak kejahatan. Smayang xkhusyuk sbb tringat dia wat dajal. Tpi, lupakah kita keikhlasan dia ketika dia betul2 menemani kita ketika hujan.

    Kawan yg jd punching-bag kita ketika marah, kwn sedih kita dlm kesusahan. Kawan gembira ketika senang. Disebabkan kejahatan dia besar dan memalukan, kita 'sepak' emosi dia. Dia minta peluang selepas keluar dari kejahatan dan kesalahan itu. Dia tidak diendahkan, tidak dipandang selain hina dari anjing di tepi jalan. Dia bergelut dgn kesakitan, dia tidak lena tidur malam.

    Dia minta stiap malam agar dijadikan peluang hidup utk minta maaf pada kawan dan Allah. Dia sampaikan salam dlm doa, dia tahu kita xbalas. Jijikah dia? Berkulit bab*, bertopeng syaitan berisi dajal. xboleh diberi maaf, nanti dia pijak balik. Betulkah prangsangka kita? Kita trauma dgn dia, sakit hati. Hati kita ketakutan, tangan dan badan kita mengeletar. Rasa macam nak tumbuk.

    Sampai begitu reaksi, kita telah mendalami emosi sedalam-dalamnya. Ingatlah dia pernah wat kita tersenyum, beri pertolongan ktika susah dan hanya kemaafan diminta. Kita takut maruah kita tercalar lagi, kita tepis tangan dia. Kita toleh muka kita, jauhkan mata kita. Tiap2 hari kita tanam perasaan benci, buah benci menjadi masak. Dengar suaranya ketawa membuat kita benci. Mata memandang marah. "Dia ni gila," getus hati menyampah.

     Ketahuilah dia solat doa kebaikan slepas taubat, dia percaya masih ada peluang slagi darah mengalir. Stiap kali dia makan, dia tringat kwn dia, dah mkn ke belum. Memang dulu dia melampau, skrang Allah beri perasaan ikhlas padanya. Dia nak tolong, tpi kita pandang dia bebanan emosi pada kita. Kita xsanggup lg mnghadapinya. cara terbaik biar dia sendiri. Diam. Biar dia bergerak sendiri.

     Ternyata benarlah Allah Pengasih terhdapa hambaNya, ketika kita masih tidak beri peluang utk diri kita dan orang lain. Kita tidak anggap lg dia mampu berubah. Maka, kita juga sebenarnya tidak percaya pada Maha Kuasa... Mungkin, dia akan rapat pada Allah. Hanya satu berilah jugak peluang utk dia...dia pernah hasilkan senyuman kamu. Berapa banyak? Hanya kamu dan Allah mengetahuinya~

Dia berjanji berubah...