Monday 29 October 2012

Cuba untuk Beriman

 
      Aku manusia yang bergelumang dengan dosa, bukan dosa mencuri bukan dosa membunuh. Tetapi, dosa pada hati dan perbuatan yang menjurus ke arah dosa. Terasa jaringan hitam di hatiku mula membelit. Hati jadi resah, gelisah dan selalu dirundung masalah kebimbangan.

     Di mana Allah? Ku tak ketemu. Walaupun umurku menjangkau 22 tahun ni, aku masih mencari rahmatMu Allah. Di antara nikmat yang Allah tarik padaku adalah nikmat kegagahan. Buat kerja berat sikit dari pagi hingga petang sudah cukup untuk aku dapat penyakit Asma.

    Penyakit yang senang datang dan senang membawa nyawa penghidapNya. Namun, aku masih bersyukur kerana aku masih tidak bergantung sangat dengan Inhaler. Cukup kudrat lagi untuk paru2 menghirup udara ciptaan Illahi. Masih gagah lagi untuk berbicara dengan keluarga dan kawan2ku.

       
   Sebagai hamba Allah dan penuntut ilmu dalam bidang agama, pengorbanan sebagai seorang pelajar sudah tentu tidak akan melampaui malah melebihi kekasih2 Allah seperti pengorbanan yang ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail. Titian rasa syukur terungkap hanya apabila kita membaca kisah2 kekasih Allah. Bersyukur kita dapat hidup dan membaca sejarah manusia2 yang hebat. Hidup kita tidaklah dibadai lautan masalah segempar Nabi2 dan kekasih2 Allah yang lain.

    Kita hanya diuji sedikit demi sedikit. Tetapi, manusia serendah kita hanya mampu menahan dan bersabar. Jika tidak tahan, maka kita hanyut dan kemungkinan sesat. Nauzubillah... Semoga Allah memberi kemudahan kepada kita. Era di mana manusia hanyut dengan harta benda, kesesatan pangkat dan keperluan melebihi fitrah manusia menjadi pegangan. Saya mungkin salah seorang yang turut terkapai-kapai dalam arus kesesatan itu dan sedar bahawa diri ini berada di tengah-tengah arus yang deras. Rasa insaf muncul di tengah pengajian dan dalam arus ini aku cuba mencari ranting Nur dari Allah. Aku minta ampun dan taubat sebagai mana berjayanya Nabi Nuh menyelamatkan bangsa baginda.

     Aku mahu Allah beri deria fitrahku kembali. Aku mahu hidup tenang tanpa alunan jahat syaitan di jiwa. Ku mahukan kebebasan dari dosa2 sebagaimana bebasnya terbang seekor merpati putih di awan. Ku mahukan syurga Illahi dengan ketenangan abadi~