Politik di Malaysia meruntuhkan semangat aq sbagai insan. Dahulu....aq seorg yg bersemangat. Himpunan, gantung bendera malahan beri smangat smua aq pernah lalui. Di mana ade pilihanraya kecil mahupun besaq aq ada ja kat sana. Dgn politik hmpir smua calon mahupun wakil rakyat kat Malaysia aq kenal. Aq sokong, aq kerahkan tenaga, duit dan semangat aq skali.
Aq telah lali malahan thu ape itu rasuah, ketirisan, ketelusan, amanah, persepsi dan smua istilah yg berkait rapat dgn jawatan dan politik. Kata org, politiklah mengajar semua itu..... Padahal, Al-Quranlah yg tlah turun dan ajar smua terma2 tu dulu lg. Politik Nabi Muhammad S.A.W lain dari zaman skarang. Dahulu masjid di zaman Nabi dijadikan perpustakaan, tempat berjumpa alim ulama', tempat penyatuan ummat Islam dan tempat strategi peperangan. Hampir smua aktiviti bertumpu di masjid kecuali bidang2 perniagaan yg diadakan di luar masjid.
Realiti skarang, masjid hanya dijadikan tempat sembahyang dan tempat khutbah setempat. Masjid2 di Malaysia skarang ada 2 pilihan utk hidup, samada jd pro-kerajaan atau pro-pembangkang. Dengan itu akan ada dana yg berterusan masuk. Tetapi, masih ada lg masjid yg xterlibat dgn agenda politik. Masjid ni juga masih hidup kerana keberkatan jalinan sesama manusia yg bersatu dan jalinan mahabbah dgn Illahi. Masjid jenis ni lah yg perlu diperkasa dan dipelbagai fungsinya agar manusia hidup berlandaskan ilmu dan agama.
Politik skarang mengajar manusia bermaki-makian antara satu sama lain. Menyebar fitnah atau aib orang lain smata-mata nak menjatuhkannya. Politik sekarang membunuh peribadi sesiapa yg menceburinya. Yg lagaknya sopan-santun bertukar jd raksasa. Yg dulunya berbudi pekerti berubah jd kejam. Tiada lg istilah kalah jd abu. Politik di sini, kalau kalah memang trus lesap. Tiada harapan utk mngumpul sisa yg berbaki. Politik kini bukan politik lagi.
Ingatlah teman, penulis mulai rasa sedih. Bila diingat kembali kita masih jauh dari Islam. Jauh dari mengajak ummat Islam ke masjid, jalan sama2 pkai serban atau mengingatkan kita tentang solat jemaah dlm parlimen. Lupakah kita spanjang kita berpolitik, manusia berduyun-duyun ke ceramah politik, bersengkang mata utk hadir ke majlis politik dan menempuh puluhan bahkan beratus kilometer kerana politik? Berapa kerat yg pergi memenuhi jemputan Illahi, berapa banyak yg menghadiri taman2 syurga dan berapa ramai yg mampu jd imam solat atau makmun yg mengetahui hukum-hakam agama berbanding selok-belok politik?
Politik dan agama benda berbeza. Politik terkandung dlm agama sbg sbahagiannya. Tapi, cara politik itu salah, mekanisma dan perjalanan itu salah. Apabila salahnya jalan berpolitik, maka secara automatik salahlah cara politik. Analoginya mudah, utk berjaya kita kene usaha seperti membaca buku, buat latihan dan belajar. Dan, itu dipanggil mekanisma atau proses. Jika kita menonton tv, layari video dan xbelajar. Maka, kita telah memilih jalan yg salah dan hasilnya kegagalan. Begitulah politik wlaupun si A menang politik tetapi caranya tetap salah akan menghantui proses kepimpinan dia malah generasi strusnya yg mengangap proses yg dia lalui itu betul.
Untuk itu aq berharap kita smua ni jgn lupa siapa kita dan asal matlamat kita hidup di dunia ini. Kita mngkin beranak-pinak tetapi smua itu pinjaman dan nikmat sementara. Hidup di dunia membawa gambaran di akhirat. Jika kita baik di dunia, baiklah di akhirat dan begitulah sebaliknya. Akhir kalam bicara hamba, serulah manusia atas nama Islam bukan parti xkiralah parti mana skalipun. Tidak ditanya ketika mati seorg itu politik manakah, parti manakah dia. Yg penting adakah amalan ketika dia hidup membawa ke syurga? Syurga itu tmptnya kekal.
Berjuanglah demi hidupmu di SANA yg abadi, Selamatkan dirimu dengan Nur Illahi~


No comments:
Post a Comment